1 Rahsia Amat Penting Yang Speaker Tak Sebut Dalam Ceramah
Kita pernah tertanya-tanya, kita dan orang tu hadir seminar yang sama, program sama, ceramah sama.
Tapi kenapa dia berjaya dulu?
Ini adalah satu perkara yang mana-mana speaker tak sentuh.
Satu perkara yang menghalang doa kita dari termakbul adalah:
DOSA.
Fuh? Serious ah?
Ye serious.
Dalam seminar mungkin speaker akan emphasize bab bangun malam untuk solat taubat, istighfar.
Kita dah istighfar dah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah kan. Tapi betul ke cara kita istighfar?
Dalam satu cerita disebut zaman dahulu ada orang istighfar sambil tawaf, tapi ditegur: "Your istighfar need an istighfar." - (Pernah dengar dari lecture Nouman Ali Khan.)
Dimana fokus kita ketika beristighfar?
Ustaz Nasrullah dalam lecture nya menyebut cara istighfar, dalam hati kita sebut, "Ya Allah, aku salah, ampunkanlah aku. Tunjukkanlah apa yang aku salah."
Dalam buku beliau pula, Rahasia Magnet Rezeki ditunjukkan level-level dosa dari -1 hingga -8. Apabila berada dalam level ini, energi hilang.
Perlu diingatkan bahawa rezeki itu energi. (Rujuk artikel Dunia Quantum: http://mins.my/write/dunia-quantum/)
Kita hanya boleh tarik energi positif apabila diri kita juga berada dalam energi positif. Rezeki itu sifatnya mulia. Energi nya positif.
Bila kita berada dalam keadaan sama level energinya dengan rezeki, inshaAllah rezeki jadi mudah.
Tiada lagi kebocoran wang...
Level Energi Negative
Nota: Content ini diambil dari buku Rahasia Magnet Rezeki oleh Nasrullah. Bahasa asal buku ini adalah bahasa Indonesia.
-1 Penonjolan Diri:
Riya, ujub (bangga), harga diri, egois, carmuk
Penerangan: Buat sesuatu untuk pujian manusia. Upload gambar agar di komen.
"Jika motivasi hidup dalam melakukan setiap pekerjaan hanya untuk dipuji manusia, maka hati akan kering, energi akan habis dan tidak menarik keajaiban dalam diri. Tidak menarik rezeki."
-2 Kemarahan:
Marah, dengki, dendam, dongkol, iri hati, sombong
Penerangan:
Orang yang marah ingatkan marah ni dapat meredakan keadaan. Contoh, parents marah anak. Bos marah pekerja. Tapi tak sebenarnya. Pak Nas menyebut dalam bukunya, marah mengusir rezeki.
Dengki, dendam, iri hati juga adalah sifat marah. Iaitu marah kepada Allah yang memberi nikmat kepada orang lain. Na'uzubillah.
-3 Serakah (Tamak):
Tamak, cinta dunia, interest peribadi, meminta-minta, berharap, pamrih
Penerangan:
Dalam perniagaan kita dididik dengan konsep, "Modal sekecilnya untuk keuntungan sebesar-besarnya." Consumer pula mahu harga rendah untuk kualiti barang yang tip top. Kedua-dua ini adalah ilmu logik akal.
Pak Nas menyebut, "Gaji, komisi, reward, bonus merupakan konsekuensi logis dari aktivitas pekerjaan. Tapi jika motifnya tulus ikhlas, rezeki akan mudah didapatkan."
Solat Tahajjud, Dhuha, sedekah dilakukan untuk menunggu balasan dari Allah juga termasuk dalam kategori ini.
Ya Rabb, it's getting complicated isn't it? We''ll discuss more about this later.
-4 Rasa Takut:
Takut mati, takut miskin, takut gagal, takut cerai, takut tidak mampu bayar hutang
Penerangan:
"Bahagia dan ketenangan adalah rezeki terdepan, sebelum ada rezeki apa pun yang datang... Ketika dia mmepunyai rasa takut terhadap apa-apa yang ada di dunia - takut mati, takut miskin, takut cerai .... - semua itu akan menghabiskan energi, rezeki hilang, kebahagiaan hilang."
Fuh, it's getting more and more interesting, isn't it?
Pak Nas bercerita isterinya pernah rasa takut saat mahu melahirkan anak. Disinilah pentingnya ilmu tentang energy ini.
"Jika sudah -4, automatic memiliki kondisi jiwa di bawahnya (-3,-2,-1), pasti serakah pasti mudah marah, juga egois dan meminta perhatian lebih."
Dengan ilmu yang Pak Nas miliki, beliau set diri kepada +6 iaitu pengabdian, dan Alhamdulillah dapat bantu isterinya.
Fuh, power kan ilmu ni?
Ok next.
-5 Keresahan:
Resah, galau, zalim, mengambil hak orang, khianat, dosa
Penerangan:
Dosa yang didefinisikan oleh agama menyebab seseorang masuk ke dalam level keresahan: mengambil hak orang lain, khianat, dosa, zalim, corruption, melihat hal yang diharamkan, derhaka kepada parents, riba, mabuk, berzina, membunuh.
Sebahagian manusia dapat merasa getaran dosa kerana Allah ilhamkan. Ada juga sebahagian kecil kehilangan sensor hati nuraninya, lalu tak terasa bersalah apabila melakukan dosa tersebut.
Jika sensor tidak lagi merasa keresahan, manusia tersebut sudah mulai masuk ke kondisi -6.
-6 Apatis (Putus Asa):
Putus asa, hilang ghairah, misorientasi, panik
Penerangan:
Manusia pada level ini tidak lagi memiliki orientasi hidup, pandangannya kosong, sering panik, tergesa-gesa dan mulai menjauh dari kehidupan sosial.
Energi tubuhnya seperti bubur tak berbentuk, apa pun yang ada di dekatnya malah berusaha menjauh. Termasuk rezeki.
-7 Malu dan Rasa Bersalah:
Rasa bersalah, malu, rendah diri
Penerangan:
Putus asa yang mendalam boleh membawa pelakunya ingin membunuh diri.
Rasa malu yang tinggi kerana kesalahan dan dosanya diketahui orang lain. Seperti corruption, kena tangkap basah, perbuatan jahat yang selama ini ditutupi terbongkar.
-8 Depersonalisasi
Depersonalisasi, hilang malu, hilang akal, gila, gay, lesbian
Penerangan:
Sudah tahu salah, tetapi tidak mahu mengaku salah, kira-kira seperti inilah keperibadiaan mereka. Hati nurani tidak bisa lagi menentukan benar dan salah.
Pemimpin zalim, corrupted, rakus kekayaan dan jabatatan, tapi menyebut dirinya paling berjasa untuk umat manusia di muka bumi.
Pelaku dosa yang ketika ketahuan malah menyalahkan orang lain dan bukan menyalahkan dirinya sendiri.
Seks menyimpang, gay, lesbian, biseksual dan sejenisnya.
Sebahagian dari mereka memiliki IQ yang supergenius, tapi jiwa kosong. Sebahagian memiliki harta yang berlimpah, tapi tidak bermanfaat untuk membeli kebahagiaan yang sudah hilang dari dirinya.
Naudzubillah min dzalik.
Conclusion
Di dalam buku diterangkan supaya kita tidak melihat orang lain.
Cuba lihat dimana kita? Semoga kita tiada di level -1 hingga -8 ini.
Energy powerful +1 hingga +8. Setiap energy ini dibahaskan dengan lebih lanjut dalam buku.
Ada juga disebut kita boleh berubah level energy ini dalam sekelip mata sahaja. Dari positif ke negatif.
Let's pray we can all be at +8. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Hanya perlu yakin pada Yang Masa Kuasa.